Alhamdulillah, menjadi jugak biskut viral ni. Tapi bukan yang 2 bahan, derhaka sikit.. saya buat yang 4 bahan. Guna pan dan tudung periuk je, takde oven.. nak makan sangat kan.. try and error jela.. hihi.
Resepi ni saya tak ikut sukatan pun, ikut suka hati campak-campak.. main agak-agak je tadi. Dapat la dalam 60 biji lebih.
Resepi Biskut Viral Tanpa Oven
Bahan-Bahan:
- 1/2 cwn marjerin (cairkan)
- 1/2 cwn susu pekat
- 1sk esen vanila
- Tepung jagung (agak-agak sampai jadi doh)
Cara Buat:
1. Resepi tak ikut sukatan, marjerin tadi main letak je. Angaran dalam 1/2 cawan macam tu. Marjerin tu cairkan dulu, lepas tu biarkan sejuk. Lepastu masukkan esen vanila dalam marjerin tadi.
2. Masukkan susu pekat, susu pun dalam 1/2 cawan macam tu. Kacau sampai sebati semua tu, kalau korang nak biskut ada warna, letak la pewarna time ni, sikit je, beberapa titik je.
3. Last sekali, masukkan tepung jagung sikit demi sikit. Kacau tak payah sukat banyak mane, kalau dah jadi doh, tak melekat kat tangan tu, kira dah cukup la tu. Kalau rasa keras sangat doh tu, masukkan susu sikit lagi, pandai-pandai la korang.
4. Dah siap jadi doh, pandai-pandai la nak buat bentuk apa, nak hias letak apa pun tak kesah. Saya letak coklat chip, lepastu saje gatal tangan nak melukis. Bakat terendam lama dah, entah bentuk ape la yang jadi tu. Abaikan la.
5. Lepas tu bakar la dalam 20 minit macam tu, pandai-pandai la tengok dan agak. Saya guna pan dan tudung periuk je. Sebelum masukkan biskut tu, panaskan dulu pan, dan tutup dengan tudung periuk dalam 5 minit macam tu la. Baru masukkan biskut, bakar dengan api slow je. Bakar dalam 20 minit, pandai-pandai la intai tengok.

Guna ape yang ada kat dapur je. Abaikan pan buruk tu.. tapi bersih taw. Cuma rupa dia je buruk, pakai pan pun menjadi biskut ambo.. haha.. Alas pulak dengan alas pengukus lobang-lobang.. adoii.. haha.
Kalau korang ada tudung periuk yang takde tangkai tu pun ok. Susun atas tu, kalau terus susun atas pan, takut cepat hangit kat bawah, tak sempat masak dah hangit. Tapi try la sendiri, mane taw tak hangit korang buat. Ada jugak tengok yang guna pakai pemanggang ajaib tu.. try la. Kat tengah-tengah tu tak letak, sebab tengah-tengah api kan, takut cepat hangit.
Lupaaa.. sebelum letak biskut tu, panaskan dulu pan tu, guna api slow je. Letak sekali dengan tudung periuk. Bakar biskut dalam 20 minit mcm tu. Api paling slow, pandai-pandai la intai tengok masak or tak.

Jangan lupa tudung naa.. Jangan bakar tak tutup pulak. Tak masak nanti.


Resepi Oleh: Nor Amirah Saidi