Kuih Muih

Resepi Kuih Koci Kacang Merah

resepi-kuih-koci-kacang-merah

Resepi Kuih Koci Kacang Merah Yang Lembut dan Sedap

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan kacang merah/ hitam yang segera
Air untuk menguli tepung
Daun pisang yang dilayukan

Bahan Inti –

1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka/merah
sedikit gula pasir
paste pandan/daun pandan

Cara Membuat:

Buat Inti –

1. Masak gula melaka, gula pasir dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkankan ke dalam kuali dan hidupkan api.

2. Masukkan kelapa parut tadi dan daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Buat Kuih –

1. Gaulkan tepung pulut dan kacang merah bersama air. Uli hingga tidak melekat di jari.

2. Ambil adunan tepung bulatkan, kemudian leperkan dan masukkan inti kelapa.

3. Bulatkan semula atau bujurkan, letak atas daun pisang. Bungkus elok-elok supaya ia tidak terbuka.

4. Kukus dalam 20 minit atau hingga masak. Hidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Donut Bersantan Lembut dan Gebu