
Resepi Kek Minyak Pelangi
Bahan-Bahan:
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak jagung
1 sk baking powder
1 sudu besar ovalette
1/2 cawan gula kastor
sedikit pewarna – warna merah, biru, dan kuning
sedikit perisa ikut suka – saya guna perasa nenas
Cara Membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 170″ C. Kemudian, ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
2. Siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. Selepas itu, alaskan dengan baking paper.
3. Pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi sekejap.
4. Masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. Gaul adunan hingga rata.
5. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 warna. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.
6. Akhir sekali, bakar adunan dalam oven selama 50 minit atau hingga masak. Bila sudah masak, angkat dan sejukkan. Sedia untuk dihidangkan.