Resepi Kerabu Maggi ala Thai Kaw Siap Sepantas 5 Minit

Sangat simple untuk membuat kerabu maggi ala Thai yang lazat. Sepantas 5 minit, dah siap untuk dimakan. Walaupun kali pertama mencuba, kesedapannya pasti tak akan mengecewakan anda!

Resepi Kerabu Maggi ala Thai Kaw Siap Sepantas 5 Minit

Bahan-Bahan:

Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Daun sup (dihiris halus)
Daun limau (dihiris halus)
Lemon (diperah)

Cara Buat:

1. Rebus/Celur. Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick. Kemudian, toskan.

2. Masukkan Bahan-Bahan Lain. Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus. Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.

3. Perah Lemon. Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon. Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.

4. Bubuh Perencah. Akhir sekali, guna perencah Maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.

Resepi Kerabu Maggi ala Thai Kaw Siap Sepantas 5 Minit

Resepi Dari: FB Yanie Rosdi