Daging, Kerabu

Resepi Kerabu Daging ala Thai

resepi-kerabu-daging-ala-thai

Resepi Kerabu Daging ala Thai

Dah pernah share resipi ni untuk contest Saji. Tapi saje nak share sekali lagi Sebab dia sedap sangat. Sesape nak diet azamnya dari tahun-tahun sudah hingga tahun 2021, boleh try.

Bahan-Bahan:

  • 500gm daging⁣
  • 1 sk Garam
  • 1/2 sb Gula SAJI⁣
  • 3 sb Santan SAJI⁣
  • 1 sb lada hitam⁣
  • 1 sk sos ikan⁣
  • 1 sb jus limau⁣
  • 3 sb Minyak Masak SAJI⁣

Bahan Untuk Kerabu:

  • 2 sb sos ikan⁣
  • 3 sb jus limau⁣
  • 3 sb Gula SAJI⁣
  • 2 sb cili flakes⁣
  • sedikit Garam
  • 2 sb daun ketumbar hiris⁣
  • 1 lobak merah (hiris nipis)⁣
  • 2 biji timun pendek (hiris nipis)⁣
  • segenggam taugeh⁣
  • daun ketumbar⁣
  • 6-7 biji tomato ceri (belah 2)⁣
  • daging bakar (hiris nipis)⁣

Cara Membuat:

1. Mula-mula buat bahan untuk bakar daging. ⁣Bahan untuk perap daging, garam, gula, santan, lada hitam, sos ikan dan jus limau. Perap selama satu jam atau semalaman.

2. Panaskan oven. Gaul daging dengan minyak hingga sekata. Bakar suhu 200C selama 40 minit. Palingkan daging. bakar lagi selama 10 minit. Biarkan suam dalam oven.⁣

Cuba Resepi Ni:  Resepi Paru Goreng Crispy Masak Merah

3. Untuk buat kerabunya. Gaul sos ikan, jus limau, gula, cili flakes, garam dan daun ketumbar hiris dalam mangkuk hingga sekata.

4. Sediakan semua sayuran. Hiris nipis daging. Gaul sayuran, sos dan daging hingga sekata. Siap untuk dihidang.⁣

Resepi Kerabu Daging ala Thai

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo