Daging

Resepi Daging Bakar Dengan Sos ala Thai

resepi-daging-bakar-dengan-sos-ala-thai

Resepi Daging Bakar Dengan Sos ala Thai

Bahan Perap:

300g daging
1 sdm sos tiram
1 sdm seasoning sauce (sos ikan/sos bbq/sos nandos) akak guna sos Worcestershire L&P
1 sdm minyak masak

Cara Memasak:

1. Ambil garfu dan cucuk-cucuk seluruh daging. Lumurkn daging dengan sos tiram dan seasoning sauce. Gaul rata lebih kurang 5 minit baru masukkan minyak dan gaul sebati.

2. Perap selama 30 minit hingga 1 jam. Tips untuk dapatkan daging yang lembut ialah perap semalaman supaya bahan perap meresap sebati ke dalam daging dan menjadikan daging lebih lembut.

3. Grill atau bakar selama 15-20 minit. Terbalikkn daging supaya masak rata. Jangan overcook nanti daging menjadi keras dan liat.

4. Akak guna airfry 180c selama 15 minit dan selepas tu tebalikkan daging dan AF lagi selama 5 minit. Angkat dan rehatkan dahulu daging selepas 5 minit baru potong nipis.

Bahan Sos Pencicah:

  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 2 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm nisan
  • 1 sdm Thai chili flakes
  • 1 sdm cili padi siam dicincang (akak tambah)
  • 1 sdm serbuk beras sangai
  • 1 sdm bwg kecil cincang
  • 1 sdm daun bwg dihiris halus
  • 1 sdm daun ketumbar dihiris halus
  • 1 sdm jus limau nipis (akak tambah)
Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Mudah Daging Goreng Rempah

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.

2. Balancekan rasa pedas, masam, manis dan masin ikut citarasa dan jika dah ok tutup api. Hidangkan bersama daging bakar tadi.

Nota: Akak marinade start pukui 4 pm semalam. Resepi asai sos ni guna Thai chili flakes memang pedas. Tapi akak takde, so kena campur chili padi bagi pedas. Sos ni sesuai jugak untuk seafood dan ikan bakar. Yang buat resepi ni sedap sebab sos pencicah dia, tu pasai seasoning daging tu tak banyak bahan. Hepi meneraiiii.

Resepi Daging Bakar Dengan Sos ala Thai

Resepi Oleh: Kak Roy