Ayam

Resepi Butter Chicken Pedas

resepi-butter-chicken-pedas

Resepi Butter Chicken Pedas

Bahan-Bahan:

  • Isi ayam potong kecil. Perapkan dengan putih telor sebiji, garam dan lada sulah. Perap dalam 15 minit.
  • Tepung jagung
  • 4 ulas bwg putih cincang
  • 7-9 cili api di hiris nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sdb butter
  • 1/2 tin susu cair/sejat
  • 1 sdb susu pekat manis
  • Pati ayam
  • Sedikit gula, garam

Cara Masak:

1. Gaul isi ayam dengan tepung dan goreng sampai brown. Ketepikan.

2. Cairkan butter dan tumis bawang putih sampai naik layu, masukkan daun kari dan cili. Tumis sampai naik bau. Masukkan susu cair dan susu pekat.

3. Perasakan dengan garam dan pati ayam. Saya tak masukkan gula sebab susu pekat dah manis. Nak pekat sikit masukkan air tepung jagung dalam 1 sudu. Tak nak pun takpe. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Done! Sedap makan masa panas. Dah sejuk muak sikit. Hihi.

Nota: Kalau nak sedap, jangan campur macam-macam bahan. Tak payah campur macam-macam jenis bawang, or serbuk-serbuk perasa lain-lain. Sesetengah orang letak serbuk cili, serbuk kari dan lain-lain. Nanti lari rasa asal dia. (Sis dah try and error) Cukuplah rasa butter, garlic dan daun kari tu. Pun dah sedap sangat.

Resepi Butter Chicken Pedas

Resepi Oleh: Ainn Mustafar