Kek

Resepi Kek Red Velvet Moist

resepi-kek-red-velvet-moist

Resepi Kek Red Velvet Moist

Bahan-Bahan:

Bahan Kek –

2 biji telur A
1 cawan buttermilk
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
esen vanila

Bahan Topping –

250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula – hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara Membuat:

1. Sediakan buttermilk – Campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

2. Satukan bahan yang bertanda *(diatas) ke dalam mangkuk. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang.

3. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi sambil masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sehingga sebati.

4. Sapukan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45 minit. Kek ini boleh juga dikukus.

5. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan boleh dihidang.

kek-red-velvet-lembap