Ayam, Sup

Resepi Sup Ayam Istimewa

resepi-sup-ayam-istimewa

Resepi Sup Ayam Istimewa

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam muda – dibersihkan & dibiarkan seekor, diperasakan
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah – dihiris halus
1 sudu lada hitam
5 ½ cawan air

Bahan Taburan –

2 batang lada merah – dihiris menyerong
2 batang lada hijau – dihiris menyerong
2 tangkai daun sup – dicincang halus
1 tangkai daun bawang – dicincang halus
Bawang goreng

Bahan Tumbuk –

3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2.5 belacan – dibakar

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, di atas api yang sederhana dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2. Masukkan bawang merah, lada hitam, ayam yang telah diperasakan dan 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit, dengan mengacaunya selkali-sekala.

3. Masukkan air selebihnya dan lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan didihkan perlahan-lahan selama 20 minit.

4. Balikkan ayam dan teruskan memasak hingga ayam menjadi cukup empuk. Sesuaikan rasanya dan angkat dari api.

5. Keluarkan ayam dan potongkan besar-besar atau kecil, ikut selera anda. Letakkan dalam mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan kuah sup ke atasnya dan taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Siap.

+ Enak dimakan bersama nasi putih atau roti benggali.

Resepi Sup Ayam Berempah