Resepi Kek Puding Karamel Pelangi
Pepagi lagi dah ke dapur membaking Kek Puding Karamel Pelangi. Kepada yang berminat nak share dan mencuba resepi dipersilalakan ye.
Bahan A: (Karamel)
1. Taburkan empat (4) sudu besar gula pasir pada dasar loyang empat persegi ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan ke seluruh loyang dengan cara menggoyangkan loyang ke kiri dan ke kanan.
2. Ketepikan dahulu loyang.
Bahan B: (Pudding)
- 3 biji kuning telor
- 2 biji telur (putih dan kuning)
- 1 tin susu cair/susu sejat
- 80 gm gula castor
- 1 sudu teh esen vanilla
- Sedikit esen warna kuning
Cara-caranya:
1. Hangatkan susu kira-kira 2 minit. Masukkan gula castor, esen vanilla, telor dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.
3. Ketepikan dahulu loyang.
Bahan C: (Kek)
- 3 biji kuning telur
- 140 gm tepung naik sendiri
- (Resepi asal guna 140 gm tepung gandum dicampurkan 1 sudu teh baking powder dan diayak)
- 70 gm gula castor
- 135 ml air sejuk
- 45 ml minyak jagung
- Esen warna hijau, kuning, purple, pink, atau apa2 warna mengikut kegemaran masing2.
Cara-caranya:
1. Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan.
2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga berbuih dan kembang.
3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati.
4. Ketepikan dahulu adunan.
Bahan D: (Meringue)
- 6 biji putih telur
- 70 gm gula castor
- 1 sudu teh cream of tartar
Putar putih telur hingga berbuih dan kembang baru masukkan gula castor dan cream of tartar dan putar lagi hingga putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen warna hijau, kuning, purple dan pink atau dengan apa-apa warna mengikut kegemaran masing-masing.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, purple, hijau dan kuning hingga adunan habis. Tuangkan setiap warna sebanyak tiga sudu makan dan akhir sekali sebanyak dua sudu.
4. Sediakan air panas dan tuangkan dalam loyang besar untuk water bath.
5. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
6. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
7. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
8. Bakar kek pada suhu 170 degree selama 40 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.
9. Bila kek telah masak biarkan dahulu di dalam oven selama 10 minit dengan pintu oven terbuka baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang. Akak simpan dulu selama sejam di dalam fridge. Baru keluarkan kek tersebut.
10. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.
11. Perlahan-lahan terbalikkan loyang dengan lapisan karamel berada di atas dan cepat-cepat lapkan lebihan air yang ada pada kek.
12. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru dihidangkan. Siap Resepi Kek Puding Karamel Pelangi.

Resepi Oleh: Fauziah Ali