Kek

Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza

resepi-kek-pisang-super-moist-cikgu-liza

Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza

Hari ni takde order kek daripada customer. Jadi suami order nak kek pisang yang moist. Pening kepala Cikgu Liza sebab tak pernah buat. Jadi Cikgu Liza pun belek-belek la resepi-resepi kek yang pernah Cikgu Liza buat dan main hentam-hentam dengan harapan jadi. Tapi Cikgu Liza happy sangat sebab hentam-hentam alhamdulillah jadi, sedap, lembab, lembut dan manisnya just nice.

Bahan-Bahan:

  • 500gm pisang berangan (Timbang selepas buang kulit, kemudian lenyekkan)
  • 300gm tepung gandum
  • 380gm salted butter cair kaedah double boiler (420gm sebelum dicairkan, lepas cairkan timbang semula supaya cukup 380gm. Biarkan sejuk suam)
  • 6 biji telur gred A
  • 250gm gula perang
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 tsp esen pisang

Cara Membuatnya:

1. Panaskan ketuhar api atas bawah 165°c kira-kira 15 minit.

2. Lenyekkan pisang. Satukan tepung dan soda bikarbonat. Ayakkan dalam satu bekas. Kisarkan telur, gula perang, butter, garam dan esen pisang hingga sebati dalam mesin pengisar (blender).

3. Masukkan pisang yang dilenyek ke dalam bahan kisar dan kisar bersama dalam 10-15 saat. Campurkan bahan kisar ke dalam tepung yang diayak. Kacau rata hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pecan Butterscotch

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10″×10″ tinggi 2″ yang telah dilapik dengan baking paper dan dilengserkan kelilingnya dengan marjerin. Boleh hias dengan hirisan pisang nipis, kekacang dan coklat cip di atasnya.

5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 165°c menggunakan api atas bawah. Cucuk tengah-tengah kek dengan cake tester atau lidi untuk pastikan kek telah elok masak (tak lekat apa-apa, elok je licin, maknanya masak la tu). Sejukkan baru potong.

Resepi Kek Pisang Super Moist Cikgu Liza

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi