
Resepi Kek Pisang Marble Coklat
Bahan-Bahan:
Bahan A –
2 cawan tepung kek
1 sdk soda bikarbonate
1 sdk baking powder
Secubit garam
Bahan B –
1/2 cawan serbuk coklat
Bahan C –
5 biji pisang
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 penutup esen pisang
1 sdb ovallate
1/2 cawan minyak
1/2 cawan marjerin (dicairkan)
Cara Membuat:
1. Ayak bahan A ketepikan. Ayak juga bahan B dan ketepikan.
2. Blend bahan C sampai gebu. Kemudian, masukkan ke dalam bahan A. Gaul hingga rata.
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian adunan asal dan 1 adunan lagi, dicampurkan dengan serbuk coklat (Bahan B). Jika adunan coklat pekat boleh tambah sedikit susu cair.
4. Sapukan sedikit majerin pada acuan. Kemudian, masukkan adunan secara berselang seli. Perap adunan seketika selama 20 minit.
5. Kukus bahan selama 45 minit atau juga boleh dibakar pada suhu 150c selama 45 minit atau sampai kek masak.
Resepi Oleh: Nazura Ishak – MAHN