Resepi Creamy Chicken Thai Bread

Resepi Creamy Chicken Thai Bread

Bahan-Bahan:

Bahan Inti Creamy Chicken –

1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji bawang besar – dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dipotong dadu
2 keping dada ayam yang dicincang halus
2 keping keju
capsicum hijau – dipotong dadu
sebiji tomato – dipotong dadu
cendawan butang – dipotong nipis
1 sudu kecik lada hitam tumbuk
1 kiub ayam
garam

Bahan Roti Bun –

500 gm tepung gandum
80 gm gula yang dikisar halus/kastor
5 gm garam
20 gm susu tepung
5 gm bread softner
5 gm bread improver
12 gm instant yis
1 sudu kecil baking powder
1biji telur saiz A/2 biji saiz C – (pecahkan dalam mangkuk dan tambah garam dan kacau hingga sebati)
70 gm butter (saya guna shortening)
225 gm air sejuk/kalau guna 2 biji telur saiz c kurangkan air kepada 180-190 gm

Cara Membuat:

Inti Creamy Chicken –

1. Cairkan butter dalam periuk. Kemudian masukan tepung gandum, kacau sekata selama 3 minit. Kemudian, masukkan susu segar.

2. Masukkan perapan ayam (ayam diperap dengan garam dan lada hitam tumbuk dalam 30 minit) ke dalam periuk tadi. Kacau sebati masukkan keju.

3. Masukkan bawang, capsicum, cendawan butang dan tomato. Sentiasa kacau untuk elakkan hangus dan sehingga agak-agak pekat filling tersebut. Siap.

Roti Bun –

1. Campur semua bahan kering, kalau boleh garam jangan dicampur sekali dengan yis. Sebab itu saya campurkan telur dan garam, kemudian curahkan dalam adunan nanti.

2. Nak tau sama ada yis kita tu elok atau tidak, lebih baik yis dicampur dengan air suam sedikit dan tambah 1 sudu kecil gula kastor. Biarkan 5 minit, jika ia berbuih dan mengembang maka yis tu aktif.

3. Masukkan bahan cecair, uli sehingga sebati. Masukkan butter/shortening, uli hingga doh licin dan elastik dalam 20-30 minit.

4. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda. Tapi kalau cuaca agak sejuk proses pengembangan agak lambat mungkin lebih pada sejam.

5. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbukkan doh tersebut. Bulat-bulatkan doh seberat 30 gm. Biarkan doh selama 25-30 minit. Tutup dengan plastik atau kain atas permukaan roti tu.

6. Panaskan minyak dalam kuali, terlebih dahulu. Sediakan breadcrumb, saya guna 2 warna, satu oren dan satu natural. Campurkan kedua duanya. Pecahkan sebiji telur untuk dijadikan pencelup pada roti nanti.

&. Ambil doh roti yang dah naik sekali ganda, celup pada telur dan kemudian golek-golekkan doh roti tadi pada breadcrumb. Kemudian, masukkan dalam minyak panas tadi. Suhu api dapur jangan terlalu besar.

9. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak. Potong tengah roti dan masukkan filling inti ayam tadi. Hias mengikut kreativiti anda. Hidangkan.

Resepi Oleh: Suriya Abd Ghani – MAHN