Puding

Resepi Puding Roti Ceria

resepi-puding-roti-ceria

Resepi Puding Roti Ceria

Bahan-Bahan:

Bahan A –

20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula

Bahan B –

8 keping roti massimo/gardenia – Gunting kecil-kecil
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter – Cairkan dulu atas api perlahan
1 sudu besar tepung kastard
1 penutup botol esen vanilla (Star Brand)
Pewarna ikut suka*

Cara Menyediakan:

1. Untuk Bahan A, Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Ketepikan seketika.

2. Kemudian, blender semua Bahan B kecuali yang bertanda hingga hancur halus.

3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi (Bahan A). Kacau hingga rata/sebati. Sentiasa kacau hingga mendidih (elak ianya berketul). Tutup api.

4. Ambil 2 cawan puding tadi dan tuang dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan sekejap.

5. Asingkan lagi 2 cawan adunan puding dalam bekas lain. Ketepikan.

6. Lebihan adunan dalam periuk bahagikan kepada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.

7. Tuang adunan berwarna guna sudu satu satu atas puding yang mula-mula tadi (Langkah 4) ikut suka (corak) sehingga habis (akak letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli dan bertindan-tindan sehingga habis).

8. Last sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 2 cawan, langkah 5) atas puding berwarna. Ratakan keseluruhan atas puding (kalau beku, cairkan semula atas api perlahan).

9. Sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam, cungkil bahagian tepi puding dalam loyang. Telangkupkan perlahan-lahan atas pinggan rata. Potong ikut suka dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN