Daging

Resepi Hati Lembu Masak Berempah

resepi-hati-lembu-masak-berempah

Resepi Hati Lembu Masak Berempah

Bahan-Bahan:

  • 500gm hati lembu
  • 1 kotak santan – guna santan kotak kecil
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 helai daun kunyit – hiris halus
  • 1 Kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar kicap lemak manis – optional
  • Gula & Garam secukup rasa

Bahan Sangai:

  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu kecil jintan manis

Bahan Kisar:

  • 5-7 tangkai cili kering – buang biji
  • 4 biji bawang merah – saiz besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai

Cara Masak:

1. Hati lembu dihiris sederhana tebal jangan hiris nipis, cuci dan toskan.

2. Cara cuci hati lembu gaul dengan 1 sudu besar tepung gandum perap 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga serta bawang yang dihiris hingga naik harum.

4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga bawang masak. Tumis lagi sehingga cili masak dan garing. Masukkan rempah yang disangai dan ditumbuk halus. Kacau rata.

5. Masukkan hati dan kacau rata. Kemudian masukkan santan dan air secukupnya jika guna santan kotak. Masak sehingga mendidih dan mulai terbit minyak.

6. Masukkan asam keping, gula merah, garam, gula putih dan kerisik masak hingga pekat.

7. Akhir sekali, letak daun kunyit yang dihiris halus dan kacau lagi serta sesuaikan rasa. Tutup api sedia dinikmati bersama keluarga.

Nota: Cara saya, saya tak potong hati lembu tu dahulu, saya cuci bersih basuh dengan tepung gandum, kemudian saya rebus. Mudah untuk saya potong.

Resepi Hati Lembu Masak Berempah

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish