
Resepi Kek Span Pandan Confirm Gebu
Bahan-Bahan:
Bahan A –
120gm gula kastor
10gm ovalette
4 biji telur gred A
130gm tepung naik sendiri
Bahan B –
40gm air
1 sudu kecil coconut pandan emulco
sedikit pewarna hijau epal
Bahan C –
60gm minyak masak
Cara Membuat:
1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8” atau 9”. Lapik dengan baking paper. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C. Api atas bawah.
2. Satukan gula kastor, ovalette, telur & tepung ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air, coconut pandan emulco & pewarna hijau epal. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4. Masukkan minyak & kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau. Nanti kek mendap.
5. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 45 minit.
6. Setelah masak, terlangkupkan kek supaya tidak mendap. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan kek sejuk & sedia untuk di makan.
Resepi Oleh: Atier Syah