Ayam

Resepi Ayam Rica Rica

resepi-ayam-rica-rica

Resepi Ayam Rica Rica

Bahan-Bahan:

  • ⁣1 ekor ayam⁣
  • 1 biji bawang besar⁣
  • 4 ulas bawang putih⁣
  • 1 inch kunyit hidup⁣
  • 2 inch halia⁣
  • 1 biji tomato⁣
  • 4 biji lada merah⁣
  • cili api merah secukupnya⁣
  • air secukupnya⁣
  • minyak untuk menumis⁣
  • sebatang serai⁣
  • 1/2 keping gula kabung/gula melaka⁣
  • 2 asam keping⁣
  • garam secukup rasa⁣
  • 2 sudu Sos Cili
  • 2 sudu Kicap Lemak Manis
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang belakang)⁣
  • segenggam penuh daun kemangi/selasih⁣

Cara Masak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia, tomato, lada besar, dan cili api dengan sedikit air sampai lumat.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serai yang diketuk hingga garing. Masukkan gula kabung, asam keping dan perasakan dengan garam. Kacau rata.

3. Tambah sos cili dan kicap. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Masukkan ayam. Kacau sebati. Tambah secawan air.⁣

4. Kacau dan biar sampai ayam masak dan kuah hampir kering. Masukkan daun limau dan daun kemangi. Kacau sebati.⁣

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam Penyet

5. Bila semua dah masak sekata, tutup api. Siap. Moh makan!⁣

Resepi Ayam Rica Rica


Resepi Oleh:Dapurfaafeefoo