Kek

Resepi Kek Oren Kukus Simple

resepi-kek-oren-kukus-simple

Resepi Kek Oren Kukus Simple

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum – diayak
1sk baking powder – diayak
1sk soda birkabonat – diayak
1/2 cawan minyak masak/minyak jagung

Bahan A –

4 biji telur (saya guna gread c. Kalau telur besa 3 biji pun dah ok)
1/2 cawan gula (saya kurangkan sebab susu pekat dah manis)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan oren sunquick
1sb ovalete
1sk esen vanilla

Cara Membuat:

1. Blender bahan A, pastikan blender sampai adunan tu nampak gebu dan warnanya sedikit pucat.

2. Dah siap blander semua, masukkan dalam bekas pastu boleh ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan, gaul hingga sebati. Last sekali masukkan minyak masak dan gaul.

4. Masukkan bahan ke dalam loyang. Saya guna loyang saiz 6″. Tutup adunan dengan aluminium foil untuk elak air kukusan masuk dalam adunan. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

Cuba Resepi Ni:  Red Velvet Cupcakes dengan Cream Cheese Frosting

Tip: Kalau nak warnakan macam saya tu boleh bahagikan adunan kepada 2 dan satu adunan boleh letak sedikit pewarna oren. Letak adunan dalam loyang selang selikan, buat hingga habis.

Resepi Oleh: Aisyah Kenang – MAHN