
Resepi Kek Oren Kismis
Bahan-Bahan:
125 gm mentega
180 gm gula halus
3 biji telur gred A
250 gm tepung naik sendiri – diayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar parutan kulit oren
1 sudu besar jus Sunquick
1/2 cawan kismis
Cara Membuat:
1. Masukkan mentega dan gula dalam mesin pengadun ( kelajuan sederhana ) dan pukul hingga kembang.
2. Kemudian,masukkan parutan kulit oren dan jus oren, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
4. Perlahankan kelajuan mesin pengadun,dan masukkan tepung sedikit demi sedikit serta kismis dan gaulkan sebati
5. Sapukan sedikit marjerin pada loyang. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah celcius.
6. Bila sudah masak, keluarkan daro oven dan biarkan sejuk seketika. Hidangkan.