Puding

Cantik dan Comel, Resepi Puding Tembikai

cantik-dan-comel-resepi-puding-tembikai

Cantik dan Comel, Resepi Puding Tembikai

Bahan-Bahan:

  • 10g agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • Secubi garam
  • 1 tin susu cair
  • Sedikit biji selasih (untuk biji tembikai)
  • Pewarna merah/kuning & hijau

Cara-Cara:

1. Masak air hingga mendidih, masukkan gula dan kacau untuk larutkan gula.

2. Masukkan daun pandan, secubit garam dan kacau rata. Masukkan serbuk agar-agar, kacau lagi untuk sebatikan bahan. Tuang susu cair dan kacau serata hingga nak mendidih. Tutup api.

3. Ambil sedikit biji selasih, tabur dalam acuan. Kemudian, ambil dalam 3 cawan adunan puding tadi, warnakan dengan pewarna merah terang. Tuang sedikit dulu warna merah dalam acuan, biarkan sebentar. Tuang baki yang merah kesemuanya, biar sederhana beku.

4. Ambil 1 cawan adunan puding (putih) tuang atas yang merah perlahan-lahan. Biarkan keras sedikit. 1 cawan lagi adunan untuk warna hijau, tuang atas yang putih.

5. Tunggu beku kemudian masukkan dalam peti sejuk. 2-3 jam boleh keluarkan puding dari acuan. Sedia untuk dipotong dan dihidang.

Cantik dan Comel, Resepi Puding Tembikai

resepi Oleh: Zura Zul