Kek

Resepi Kek Nutella Oreo Moist

resepi-kek-nutella-oreo-moist

Resepi Kek Nutella Oreo Moist

Bahan-Bahan: (Loyang 5×6)

6 Biji Telur (Grade A)
1 Cup Tepung Kek
1 Cup Gula Halus
1 Cup Horlicks
300gm Kaya
250gm Butter
137gm Biskut Oreo (Dihancurkan dengan Inti sekali)
½ Sudu Teh Baking Powder
½ Sudu Teh Soda bikarnonat
1 Botol 200gm Nutella

Cara Membuat:

1. Pukul Butter dengan gula hingga gebu. Kemudian masukkan telur satu persatu, putar hingga kembang.

2. Masukkan pula Tepung Kek, Horlicks, Baking Powder dan Soda Bikarbonat. Putar perlahan sehingga sebati. Masukkan Kaya dan putar sekejap biar rata.

3. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan Biskut Oreo yang telah dihancurkan tadi. Gaul sebati.

4. Sediakan Loyang yang telah dialas dengan baking paper dan sedikit mentega.

5. Tuangkan adunan Oreo tadi, ratakan dalam Loyang dan bakar pada suhu 170’c selama 10-15 minit (Bergantung pada oven masing-masing)

6. Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong (Asal). Manakala, 1 bahagian dicampurkan dengan Nutella.

7. Setelah adunan Oreo tadi masak, tuangkan pula adunan asal. Kemudian, bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Japanese Cotton Caramel Cheesecake

8. Akhir sekali, masukkan adunan Nutella dan bakar lagi sehingga masak. Kek ini Juga boleh dikukus seperti biasa.

Kek Nutella Oreo Moist