Ayam

Resepi Ayam Masak Cili Taucu

resepi-ayam-masak-cili-taucu

Resepi Ayam Masak Cili Taucu

Bahan-Bahan:

10 ketul ayam
2 sudu taucu
1 sudu sos tiram
2 senduk cili kering yang dikisar
bawang putih & merah untuk tumis
1 labu bawang besar
sedikit air asam jawa
gula serta serbuk perasa.
garam (jika perlu)

Cara Memasak:

1. Ayam digoreng sebentar. Kemudian, tumiskan bawang kemudian masukkan cili kisar.

2. Masukkan pula sos tiram serta taucu. Masukkan air asam,gula serta serbuk perasa. Masak hingg pecah minyak.

3. Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Jika kurang rasa garamnya bolehlah dimasukkan garam (taucu & sos tiram dah sedia masin).

4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Gaul sebentar.

5. Bila dah masak, angkat dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan.

Ayam Masak Cili Taucu