
Resepi Kek Minyak Kukus
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur – A
1 sk esen vanilla
Cara Membuat:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas.
4. Tutup loyang dengan aluminium foil, kemudian kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Tip:
Adunan boleh dibahagikan kepada dua dan dibubuh serbuk koko pada satu bahagian. Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perisa ikut selera anda.