Kek, Puding

Resepi Kek Puding Coklat

resepi-kek-puding-coklat

Resepi Kek Puding Coklat

+  Waktu memasak : 45 minit
+  Saiz hidangan untuk : 6 orang

Bahan-Bahan:

240gm tepung gandum
360gm gula kastor
2 sudu makan serbuk koko
1 1/2 sudu makan serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
250ml susu
125gm mentega (Dicairkan)

Bahan A –

480gm gula perang
6 sudu makan serbuk koko
800ml air mendidih (dicampurkan dengan 2 sudu makan serbuk kopi)

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Ketepikan.

2. Campurkan tepung bersama gula kastor, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.

3. Kemudian tambahkan susu dan mentega yang dicairkan. Gaulkan sehingga sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Ketepikan.

5. Campurkan kesemua bahan A dan kacau sehingga gula larut kemudian tuangkan ke atas adunan kek.

6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45 minit.

7. Sejukkan. Lebih enak lagi jika dihidangkan bersama krim putar.

kek-puding-coklat