Kek

Resepi Kek Milo Lava Volcano

resepi-kek-milo-lava-volcano

Resepi Kek Milo Lava Volcano

Bahan-Bahan:

  • 80gm serbuk milo
  • 4 sudu makan air panas
  • 2 biji telur saiz B
  • 60gm gula kastor
  • 120gm mentega – dicairkan dahulu
  • 80gm tepung gandum

Cara Membuat:

1. Bancuh serbuk milo dengan air panas dan ketepikan. Satukan gula kastor dan telur, pukul hingga berbuih.

2. Masukkan tepung dan whisk hingga betul-betul sebati. Masukkan bancuhan milo dan sebatikan. Akhir sekali letak mentega cair aduk sebati.

3. Sedikan acuan yang sesuai, sapu/glaze dengan mentega. Tuang adunan, pastikan air kukusan telah dipanaskan terlebih dahulu, kukus 8 minit api besar. Jangan kukus lama nanti volcano tak jadi.

4. Keluarkan kek dari acuan dengan berhati-hati, tabur milo sedia dinikmati. Selamat mencuba.

Resepi Kek Milo Lava Volcano

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish