
Abang Danish kongsikan resepi mesti cuba yang Abang Danish olah bagi mereka yang sukakan chocolate cake yang fudgy, moist dan chocolatey dan paling penting mudah disediakan. Cukup gaul bahan dalam 1 bekas dan siap untuk dibakar. Sesuai untuk Mak-Mak dan mereka yang sibuk tapi masih mahu sediakan dessert untuk anak-anak atau sebagai birthday cake. Tak perlukan butter atau apa-apa minyak. Cukup menggunakan Mayonis sahaja. Tapi mereka yang Abang Danish berikan untuk rasa cake ini semua kata sedap dan tak tahu ada mayonnaise dalam cake ini until Abang Danish beritahu.
Selamat Mencuba
Mayonnaise Chocolate Indulgence
Bahanya:
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Unsweetened Cocoa Powder
1 cawan Mayonis
1 1/4 cawan Gula Putih
3 biji telur Gred A
1 1/4 cawan Air Kopi (1 sudu teh Serbuk Kopi dilarutkan dgn 1 1/4 cawan air panas, sejukkan)
3/4 cawan Unsweetened Mini/Regular Chocolate Chips
1 1/4 suduteh Baking Soda
1/2 suduteh Baking Powder
1 suduteh Vanilla Extract
Baking pan 9×9 – 2 biji atau bundt pan
Caranya:
1. Preheat oven pada suhu 160°C. Gris dan tepungkan baking pan, alas dengan baking paper, ketepikan.
2. Dalam mixing bowl, ayak bahan kering; tepung gandum, cocoa powder, baking soda dan baking powder. Masukkan gula, mayonis, telur, air kopi dan vanilla. Kacau hingga semua sebati tapi jangan overmix.
3. Masukkan pula chocolate chips dan dikaup balik sekejap saja. Tuang dalam baking pan dan bakar selama 30 – 45 minit, terpulang pada suhu dan jenis oven, sehingga tiada cairan melekat pada toothpick kecuali cake crumb.
4. Sejukkan cake sepenuhnya sebelum dicoat dengan chocolate ganache.
Ganache Glaze:
1 cawan Whipping Cream
1 cawan Semi-Sweet atau Milk atau Dark Chocolate Chips (boleh dicampur-campur ikut citarasa)
2 sudubesar Unsalted Butter
Caranya:
1. Panaskan whipp cream dalam pot. Tutup api, alihkan pot dan tuang choc chips kedalam pot dan dikacau sekejap.
2. Tutup pot dan biarkan selama 5 minit. Kemudian whisk ganache perlahan hingga semua chocolate cair dan smooth. Masukkan butter dan whisk lagi perlahan supaya sebati.
3. Biarkan ganache sejuk sebelum digunakan. Drizzle keatas cake, biarkan sekejap sebelum sedia dihidangkan
*Cream putih itu creamcheese frosting lebihan dari yang Abang Danish guna. Boleh juga jika mahu layerkan dengan chocolate frosting atau apa saja frosting kesukaan ya🤗
Nota: Mayonnaise Cake ini seriously akan lebih moist, lebih sedap selepas sehari disimpan. Simpan dalam bekas kedap udara didalam chiller. Hasil cake ini bergantung kepada kualiti bahan yg digunakan. Resepi ini antara resepi MESTI JADI Abang Danish tapi harus pastikan sukatan yang betul, bahan masih dalam keadaan baik dan ikut cara-cara yang telah Abang Danish sertakan diatas.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Danish Harraz yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau.