Puding

Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

puding-roti-kukus-dengan-sos-kastard

Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Bahan-Bahan: (Anggaran untuk 3 orang)

5 keping Roti Gardenia
1 biji telur
1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit butter
Sedikit kismis

Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard:

1/2 tin susu cair
1/4 tin air (sukat guna tin susu cair)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara Penyediaan Puding Roti Kukus:

1. Sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang. Saya guna acuan puding atau Agar-agar yang paling kecil.

2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.

3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.

4. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.

5. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan telah mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Sejukkan.

Cara Penyediaan Sos Kastard:

Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Sejukkan.

Cara Menghidangkan:

Potong Puding Roti ikut suka. Curah Sos Kastard di atasnya. Lepas tu boleh la dimakan. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Nota Kaki: Kalau nak buat banyak, gandakan sukatan dan tempoh masa mengukus juga perlu ditambah.

Resepi Oleh: Hamidah HA