Resepi Daging Masak Hitam Kak Zue

Resepi Daging Masak Hitam Kak Zue

Bahan-Bahan:

Daging sekilo – potong cube
Cili kering 20 tangkai – kisar
Serai 2 batang – kisar
Halia – kisar
2 sb rempah kari daging
Kicap manis – agak-agak
Sedikit kicap pekat
2sb sos cili
3 batang serai diketuk
Sedikit air
Garam dan gula – jika perlu
Rempah 4 sekawan
2 biji Bawang besar – mayang halus
Daun kari
Minyak utk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan, daun kari dan bawang besar yg dimayang halus hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan kisar. Masukkan serbuk kari. Masukkan serai yg diketuk.Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan daging (boleh rebus dulu, Akak tak rebus sebab guna daging lembut – striploin).

4. Guna api sederhana sehingga daging kecut/empuk dan kuah agak pekat. Masukkan sos cili, kicap manis dan kicap pekat.

5. Tambahkan sikit air. Biar mendidih dan kecikkan api. Biar selama 10-15 minit hingga kuah pekat.

6. Jika perlu tambah gula & garam (akak tak tambah apa-apa sebab dah cukup rasa). Siap!

Resepi Oleh: Zuraini Mat Arshad