Resepi Kek Marble Oren Coklat Paling Mudah

Resepi Kek Marble Oren Coklat Paling Mudah

Kek marble oren coklat loyang 9 inci tapi kita bahagi kepada 2 loyang 6 inci. Kek tak naik tinggi sangat. Tapi ok je untuk makan sendiri. Kenapa suka buat 2 loyang? Sebab saya suka bagi kat jiran-jiran merasa sorang sikit. Kek merekah sebab over baked, korang jangan over baked tau.

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn butter (250gram) – cairkan
  • 1 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalatte
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu makan sunquick

Cara Membuat:

1. Mix semua bahan kecuali butter cair tadi, mix sampai kembang dalam 8 – 10 minit. Perlahankan speed mixer, masukkan butter cair dan mix dalam 1 minit untuk bagi sekata.

2. Matikan mixer, guna spatula buat kaedah kaup balik untuk aduk adunan. Kita tak nak ada butter yang tak merata. Kalau dah ok semua, bahagi adunan kepada 2 mangkuk. 1 mangkuk masukkan 2 sudu besar serbuk koko dan 1 mangkuk lagi pewarna oren.

3. Masukkan dalam loyang 9 inci yang dah dilapik baking paper. Bakar dalam suhu 140c selama 60 minit. Bakar ni kena kenal oven sendiri ya. Sebelum tu, panaskan oven selama 10 minit.

Guna Loyang 6 atau 9 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Kek Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Kek Marble Oren Coklat Paling Mudah

Resepi Oleh: Kak Sue SarangHae II