Kek

Resepi Kek Marble Keladi Moist

resepi-kek-marble-keladi-moist

Resepi Kek Marble Keladi Moist

Bahan A:

Tepung gandum- 1 cawan
Tepung naik sendiri (blue key) – 1 +1/2 cawan
Serbuk penaik – 1 sudu teh penuh
Ayak semua dan ketepikan

Bahan B: (dalam bowl lain)

Gula – 1 cawan
Telur grade A @ B – 6 biji
Ovellet – 1/2 sudu besar penuh

Bahan C:

Susu pekat – 1/2 tin
Susu cair – 1/2 tin

Bahan D:

1/2 biji butter tak kisah jenama ape (Di cairkan)

Cara Buat:

1. Mix bahan B sampi gebu. Tambah bahan C ke bahan B dan Mix sampai gebu.

2. Tambah bahan A ke bahan C+B tadi dan mix lagi sekali sampi gebu. Tambah Bahan D.

3. Masukkan butter yang telah dicairkan dalam adunan yang akhir tadi dan kacau guna sptula saja.

4. Bahagi 2 bahagian, satu plain dan satu lagi untuk keladi. untuk dapatkan perisa yang pure keladi. Tambahkan perasa Double lion Perisa keladi 3 penutup atau sampi rasa keladi naik.

5. Tambah 1 atau 2 Pewarna purple ikut nak warna purple cair atau pekat. Kacau dan sebatikan adunan akhir guna spatula saja.

6. Masukkan dalam loyang 10X10 atau size 8 bulat untuk 2 adunan yang dah oles dengan magerin.

Cuba Resepi Ni:  Kek Pisang Oreo Kukus Mudah dan Sedap

7. Kemudian, bakar dalam suhu 180° selama 45 minit atau sampi masak bergantung pada oven masing-masing. Cucuk atas kek kalau nak pastikan kek dah masak atau belum. cara saya kalau dah nampak tepi kek renggang dan tekat atas permukaan kek bunyi macam span, dah masak lah tu (Sayang nak cucuk sebab nanti berlubang).

8. Bila dah masak, terbalikkan atas radai untuk elak kek turun.

Resepi Oleh: Hasalina Nisab