
Senang dan sedap sangat… tengah musim durian ni kan, jom kita buat muffins pulak.
These Super Yummy Moist Durian Muffins are the perfect easy-to-prep tea-time snack for durian-lovers.
Resepi Moist Durian Muffins
Bahan-Bahan:
A)
180g Isi Durian
1 tsp Lemon juice
50ml Susu segar
B)
2 biji Telur grade A
150g Gula
C)
180g Tepung naik sendiri
1/2 tsp Baking powder
(Ayak semua bersama)
D)
50ml salted butter, cairkan
E)
Almond slice untuk hiasan
Caranya:
Panaskan terlebih dahulu ketuhar 5-10 minit 180C (350F)
1. Lenyekkan bahan A sebati, ketepikan.
2. Pukul bahan B sehingga kembang.
3. Masukkan bahan A putar sebati.
4. Masukkan bahan C sikit sikit bersama bahan D putar sebati.
5. Isi kan adunan kedalam acuan kertas muffins di dalam loyang dan tabur bahan E.
Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian turunkan suhu kepada 160C (320F) Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.
Resepi Oleh: Lina Thomas