Resepi Daging Masak Kicap
Bahan-Bahan:
1kg daging batang pinang (saya tak guna daging biasa)
2biji bawang merah besar
5ulas bawang putih
2senduk cili kisar
1biji bawang holland
Daun limau purut
Bunga lawang/kayu manis/buah pelaga
Kicap manis
Sos cili
1 btg serai (ketuk)
Cili padi/cili merah
Cara Memasak:
1. Tumis bawang kisar sampai garing dann kekuningan. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, dan pelaga. Masukkan daging batang pinang, masukkan serai, dan daun limau purut. Gaul rata sampai mendidih.
3. Masukkan kicap, sos cili biarkan kejap, bila dah pekat tambah lagi air sedikit demi sedikit, tambah lagi kicap.
4. Daging batang pinang ni cepat lembut, jadi tak perlu direbus dulu, bila dah mendidih, masukkan bawang holland, cili merah hiris, cili padi, gaul rata.
5. Masak sampai dia jadi agak pekat dan kering macam dalam gambar. Yang ni saya tak masukkan garam dan gula sebab dah cukup rasa masin dan manis (saya guna kicap kipas udang).
Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad