
Resepi Kek Marble Gebu
Bahan-Bahan :
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
Cara Membuat:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
3. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette serta adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah.
5. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
6. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
7. Bakar adunan pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak.