
Resepi Nasi Basmati Berempah dan Ayam Tandori
Nasi Basmati Berempah
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmati – direndam dahulu – 15 min
2 ulas bawang besar di hiris-hiris nipis/kisar
4 ulas bawang putih di hiris-hiris/kisar
1 inch halia dihiris lebar/kisar
1 batang rempah kayu manis
2 biji rempah bunga lawang
7 biji rempah buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 sudu teh serbuk jintan halus (cumin)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar rempah biryani
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
Stok daging atau ayam, secukup untuk tanak nasinya
8 biji buah tomato ceri dibelah dua
Minyak masak
50 gm mentega
4 sudu besar tairu biasa
2 sudu besar air mawar
1 sudu besar Jus lemon dan 2 hiris lemon
Cara Masak:
1. Panaskan minyak di kuali bersama sedikit mentega, masuk biji-biji rempah, kayu manis, bunga lawang, pelaga & cengkih. Kemudian masuk bawang yang di hiris atau yang di kisar halus dan rempah-rempah serbuknya.
2. Biarkan semuanya digoreng sehingga ia bangkit baunya. Tuangkan tairu dan gaulkan. Sesudah rencah ditumis tuangkan dalam periok nasi. Letakan stok daging/ayam dan sedikit air mawar, masukkan beras basmati yang sudah direndam.
3. Gaulkan beras bersama rencahnya. Tuangkan stok air daging/ayamnya secukup. Letakan garam secukup rasa. Perahkan jus lemon dan letakan 2 keping hirisan lemon. Tutup periok anda supaya ia tanak. Kalau hendak di masak dalam periok eletrik pun boleh. Tutup periok letrik, biarkan nasinya tanak.
4. Sesudah masak buka dan taburkan bawang merah goreng dan daun ketumbar. Kuwis nasi anda supaya ia kelihatan segar, tak melekat-lekat. Sajikan panas-panas bersama lauk-lauk dan hidangan istimewa anda. Selamat mencuba.
Homemade Tandoori Chicken/Ayam Panggang Tandori
Bahan-Bahan:
1 kg Kepak/Peha Ayam – dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak2nya. Dipotong dan lipat isinya ke bawah supaya dapat melihat tulang nya.
2 sudu besar cili serbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk garam masalah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk fenugreek – halba
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya – ditumbuk halus/kisar
4 ulas bawang puih – ditumbuk halus/kisar
4 sudu besar tairu biasa
1 inch halia – ditumbuk halus/kisar
1 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
2 biji lemon – perahan jusnya dan hiasan
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar – dihiris tipis (optional – dipanggang bersama ayam dikuali grill)
Cara Buat:
1. Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar-kelar.
2. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk-serbuk kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia ditumbuk hingga lumat.
3. Gaulkan pada peha-peha ayam. Letakan pewarna merah pada yoghurt dan gaulkan pada peha ayam. Letakan dalam beg plastik, biarkan diperap dipeti ais selama 4-6 jam sebaik-baiknya. Kalau nak ringkas, hanya 1 jam.
4. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C – 200C. Keluarkan ayam, biarkan ia sebentar di suhu bilik, room temp. Kemudian gaulkan bersama minyak masak sedikit. Panggang ayam dioven, bakar selama 25 mins pada suhu 140C – 160C.
5. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda-tanda bakar hitam. Bakar pada api yang sederhana. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional). Masak ikut cita rasa. Sajikan panas-panas bersama nasi basmati berempah dan kari ikan atau kari sayur-sayuran.
Resepi Oleh: Chef Joha Hassan