Sambal & Pencicah, Snek

Resepi Tauhu Bakar Bersos Manis

resepi-tauhu-bakar-bersos-manis

Resepi Tauhu Bakar Bersos Manis

Bahan-Bahan:

Bahan Tauhu –

Tahu kering 4 segi @ bulat (taufook)
1 biji timun (hiris halus)
1 batang carrot (hiris halus)
1/2 biji sengkuang (hiris halus) – jika suka
Kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan diblend kasar

Bahan Sos –

1 botol petis udang
3 sudu cili kering (kisar halus)
1 sudu cili api kisar.
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 sudu kicap pekat
3 cawan air
tepung ubi/jagung

Cara Membuat:

Tauhu –

1. Bakar Tauhu diatas kuali/pembakar sehingga garing.

2. Potong 2 dan sumbat dengan timun, carrot dan sengkuang.

3. Curahkan dengan sos dan kacang tanah. Siap untu dihidangkan.

Sos Tauhu –

1. Larutkan gula merah dengan sedikit air dan tapis. Campur kan semua bahan di atas ke dalam periuk kecuali tepung.

2. Masak hingga mendidih rasa mesti pedas manis. Tutup api dan masukkan tepung yang telah di bancuh dengan air, sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diingini.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pai Epal

Resepi Tauhu Bakar