
Resepi Kek Marble Horlicks
Bahan-Bahan:
3/4 cawan Majerin pelangi
3/4 cawan gula custer
3 biji telur
11/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
3 sudu makan susu pekat
1/2 cawan horlicks
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan serbuk koko
Cara Membuat:
1. Pukul majerin dan gula hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan esen vanila, susu pekat, horlicks dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder.
3. Lenser acuan dengan majerin dan masukkan sedikit tepung gandum. Tuangkan lebihan tepung gandum tersebut.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan kepanasan oven 175C selama lebih kurang 45 minit – 1 jam atau hingga masak.
Oleh: Rosnah Abu Bakar