Biskut

Resepi Biskut Almond Cornflakes

resepi-biskut-almond-cornflakes

Resepi Biskut Almond Cornflakes

Bahan-Bahan:

300 gram butter
120gram gula halus
300 gram tepung gandum.
100 gram cornflake (mini cornflakes , kalau tak ada ramas bagi hancur sikit cornflakes besar tu)
140 gram kepingan badam ( disangai terlebih dulu)
100 gram almond nibs ( disangai terlebih dahulu )
1 sudu kecil butter vanila or essen vanilla
1 sudu kecil Emplex (Perangup Biskut )
Badam biji secukupnya untuk hiasan
putih telor (untuk sapuan)

Cara Membuat:

1. Satukan butter dan gula, sebatikan (tak perlu beat hingga berkrim) satukan sahaja.

2. Masukkan esen vanilla (kak guna butter vanilla) diikuti dengan tepung (sebatikan).

3. Masukkan cornflake, almond nibs dan kepingan badam. Sebatikan.

4. cubit doh ikut besar mana yang kalian nak dan sapu putih telur. Lepas tu hiaskan dengan badam biji (sangai dulu) atau apa-apa bahan.

5. Bakar pada suhu 170’c (api atas bawah) selama 25 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven masing-masing ya.

Resepi Oleh: Al Ulfah II – MAHN