
Resepi Kek Carrot Kukus
Bahan-Bahan:
200gm carrot – diparut
2 st oren sunquick
Pewarna oren
Bahan A –
145gm gula halus
250ml putih telur
1/2 st ovallete
1/4 st garam
Bahan B –
100ml susu pekat manis
Bahan C –
120gm tepung gandum – diayak
20gm tepung jagung – diayak
1/2 st baking powder
Cara Membuat:
1. Putar bahan A hingga gebu, lembut dan mengembang. Masuk bahan B, putar rata. Masukkan bahan C, putar sebati.
2. Adunan dibahagikan kepada 2, 1 bahagian dicampurkan dengan carrot tambah warna oren dan oren sunquick. 1 bahagian lagi dibiarkan putih.
3. Loyang digriskan dengan butter dan dialas baking paper.
4. Tuang adunan warna putih dulu, kukus selama 5 minit. Kemudian kukus warna oren 5 minit lagi. Kukus hingga habis dan lapisan terakhir kukus selama 25 minit atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, sejukkan kek dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.