Biskut, Kuih Raya

Resepi Biskut Tart Nenas Keju

resepi-biskut-tart-nenas-keju

Resepi Biskut Tart Nenas Keju

Bahan-Bahan:

300gm tepung gandum
175gm butter
30gm gula castor
2 biji kuning telur
100gm keju – diparut
1 sb susu serbuk
Inti nenas secukupnya – saya beli yang dah siap

Bahan Sapuan –

2 biji kuning telur
Keju parut secukupnya

Cara Membuat:

1. Pukul butter dengan gula hingga rata. Masukkan satu persatu kuning telur dan keju. Pukul hingga rata.

2. Campurkan susu serbuk, tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga rata dan lembut.

3. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti nenas. Bentukkannya menjadi bebola.

4. Sapu atas kuih dengan telur kuning dan taburkan keju secukupnya.

5. Bakar hingga masak pada suhu 170’C. Simpan dalam bekas yang sesuai.