Resepi Gulai Darat Ayam
500g ayam – potong kecil
1 sudu kecil cili giling
serbuk kunyit sedikit
1 kpg asam keping
garam
2 cm serbuk perasa -jika suka
300 ml santan pekat@1 cawan
Bahan Kisar Halus –
1 biji bawang besar merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak:
1. Masukkan bahan yang di kisar tadi bersama dengan santan cili giling, kunyit, dan ayam ke dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masak perlahan-lahan pada api sederhana kecil sampai kuah mengelegak. Kalau suka tambahkan sedikit air@santan cair jika kuah teramat pekat.
3. Masak sampai ayam tadi masak. Masukkan sekali garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
4. Masaklah sampai terbit minyak di atas permukaan kuah. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.