
Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka
Bahan-Bahan :
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan serbuk
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Masak air dengan gula dan daun pandan sehingga larut.
2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut. Kecilkan api.
3. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
4. Tuang kedalam acuan yang anda suka (Tapis dahulu sebelum tuang ke dalam acuan).
5. Sejukkan sekejap, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.