Macam kek coklat tapi bukan heheh… tapi ini ialah kek batik melting, tak dapat nak tengok dalam dia sebab nak bagi hadiah dekat kawan. Kali ni saya add dua sudu besar horlick urm… lagi lemak rasa dia.
Resepi Kek Batik Melting
Bahan-Bahan:
2 bungkus biskut marie (300g setiap pek) tapi saya kurangkan sikit setengah row macam tu
Milo 350g
Butter 250g
Susu pekat guna ikut manis yang kita nak macam saya tak sampai setengah tin pun sebab nak letak ganache
Telur A 2 biji pecahkan siap-siap dalam bekas lain
Air masak 1 cawan metrik
Coco powder 3 sudu besar
Caranya:
1. Cairkan butter, masukkan milo + coco dengan air, kacau sampai sebati. Offkan api dan masukkan telur, kacau sampai takde ketulan.
2. Pastu masukkan susu pekat, kacau lagi dan masak sampai pekat baru masukkan biskut sikit-sikit sampai coklat salut semua biskut, kacau lama sikit.
Ganache
Bahan-Bahan:
1 cawan whipping cream non diary
100-200g milk coklat, saya guna beryls je kalo nak coklat tebal. Letak banyak sikit choc
1 sudu butter/1 sudu golden syrup
Caranya:
1. Double boil whipping cream dulu sampai berbuih pastu masukkan coklat dengan butter. Tuangkan atas kek. Nak ganache macam halus mulus, tapiskan ganache sebelum tuang. Macam saya ni tak tapis sebab excitednya pasal heheh… Simpan dalam fridge dalam 5 ke 6 jam.
Tip:
1. Masa nak potong, keluarkan dalam 20 minit macam tu biar dia lembut sikit. Setiap potongan pisau kena rendam dalam air panas dan lap sebelum potong, baru cantik potongnan dia.
2. Pastu bolelah nak corakkan dengan white choc ke buat lorek-lorek sebelum sejukkan dia.
3. Nanti dah letak ganache, hentak sikit loyang bagi bubble dia pecah baru licin je permukaan atas kek nanti.
Resepi Oleh: Zulaikha Ika