
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan
Bahan-Bahan:
Ikan apa-apa pun boleh (potong, bersihkan)
3 biji bawang merah kecik *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu kecil biji sawi campur
1 bungkus setengah serbuk kari
2 tangkai daun kari
2 biji tomato (sebiji potong dadu, sebiji potong 4)
1 mangkuk air asam jawa
bendi atau terung
minyak untuk menumis
Caranya:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Kemudian, tumis bahan-bahan bertanda dengan daun kari dan biji sawi sampai naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sampai rempah garing.
3. Masukkan air asam jawa dan tomato yang didadu tadi. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan.
4. Peasakan dengan garam, last sekali boleh la masukkan bendi dan tomato. Hidangkan.
Resepi Oleh: Zaimah Zakaria – MAHN