Ayam

Resepi Sticky Caramel Chicken

resepi-sticky-caramel-chicken

Resepi Sticky Caramel Chicken

Bahan-Bahan:

4 thigh ayam dipotong kecil atau
12 ketoi wing dipotong 2 jadikan 24 ketoi
5 ulas bawang putih diparut halus atau tumbuk halus
1 inci halia diparut halus atau ditumbuk halus

Bahan Sos –

1/2 cawan cili sos
1 sdb chili flakes
1 sdk lada itam berbiji halus
1 sdb kicap sotong/ikan
2 sdb kicap manis ENAQ
1 sdb kicap masin ENAQ
1 sdb kicap cair
2 sdb brown sugar
2 sdb serbuk secukup rasa Maggi
1/2 cawan madu

Cara Buat:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang putih dan halia tadi, goreng sehingga wangi dan layu kemudian masukkan ayam.

2. Masak ayam sehingga ayam sedikit kecut. Baru masukkan kesemua bahan sos. Gaul semua bahan sehingga menjadi sedikit kering berkaramel melekit.

3. Oleh kerana penggunaan madu dan brown sugar adalah disarankan menggunakan api perlahan sahaja supaya ayam tak hangit.

4. Kacau, gaul terbalikkan ayam supaya masak rata. Sesudah masak angkat masukkan ke dalam plate dan tabur bijan yang disangai terlebih dulu.

Cuba Resepi Ni:  Cara Masak Rendang Ayam Hancur

Resepi Sticky Caramel Chicken

Resepi Oleh: Makcik Ratu