
Resepi Nasi Minyak Ayam Madu, dan Acar Timun Kuning.
Teringat pula Nasi Minyak Restoran Insaf dengan Ayam Madu dan Acar Timun kuningnya. Tapi kali terakhir makan di situ, rasa macam insaf pula bila tengok bilnya. Inilah menu kami semalam, percubaan membuat ayam madu, nasi minyak dan acar timun, ala Restoran Insaf di Jalan TAR untuk acah tekak.
1 biji bawang besar dimayang
Rempah 4 sekawan
Daun pandan
2 sudu besar butter / minyak sapi
2 ulas bawang putih dan sedikit halia ditumbuk dengan sedikit garam kasar
3 cawan air
1.5 cawan susu segar
Sedikit koma-koma di rendam dalam 1 sudu besar air mawar
Pewarna kuning
Daun ketumbar, daun sup dan daun pudina, kerat kasar-kasar.
Cara Buat:
Tumis bawang hingga perang, masukkan rempah 4 sekawan.
Masukkan bawang putih dan halia tumbuk. Apabila wangi, masukkan daun pandan, air dan susu. Rasa garam. Kalau perlu tambah. Bila air mendidih, masukkan beras, daun sup, daun ketumbar dan daun pudina.
Bila air mula mengering, masukkan koma-koma (saffron) dan air mawar.
Buat lubang-lubang pada nasi, titiskan pewarna kuning. Biar nasi masak baru karih dengan berhati-hati.
Ayam Madu –
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
7 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam kasar
1 sudu teh serbuk kari
1 camca besar serbuk kunyit
1 biji bawang besar hiris kasar
1 camca cili giling
Sos tomato
Madu
Garam dan gula
Daun ketumbar.
Cara Membuat:
1 ekor ayam (bahagi 4)
Perap sebentar dengan 7 bawang putih, 2 inci halia yang ditumbuk halus dengan garam kasar, 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu besar serbuk kari.
Bersihkan ayam dari rempah, ketepikan rempah untuk digunakan dalam kuah. Goreng ayam hingga keemasan.
Tumis kan sebiji bawang besar yang dihiris kasar.
Apabila layu, masukkan rempah ayam tadi, dan secamca besar cili kisar (boleh letak lebih). Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 2 – 3 camca besar sos tomato, 3 camca besar madu. Tambah sedikit air dan biarkan kuah memekat. Rasa masin, manis, adjust. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah pecah minyak dan pekat. Masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar.
Acar Timun Kuning –
Bahan-Bahan:
1 batang timun, potong kasar-kasar seperti jari. Buang empulur.
1 bawang besar hiris baji
3 batang cili merah dan cili hijau
1/2 cawan cuka masakan
1 sudu kecil biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
2 camca besar gula
1 sudu kecil garam
Cara Membuat:
Panaskan cuka, gula dan garam, masukkan biji sawi, dan serbuk kunyit, kacau biarkan mendidih.
Masukkan semua bahan lain, biarkan mendidih seminit. Matikan api. Tutup periuk dan biarkan sejuk. Siap.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Ida Alina Salih yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Ida Alina Salleh.