Kek

Resepi Brownies Potong Kukus

resepi-brownies-potong-kukus

Resepi Brownies Potong Kukus

Bahan-Bahan Brownies:

  • 100gm self raising flour
  • 4 biji telur
  • 150gm gula kastor
  • 1 tsp ovalette
  • 35gm serbuk koko
  • 60gm dark coklat beryls
  • 20gm mentega
  • 80ml minyak jagung atau minyak masak

Untuk Hiasan:

  • Boleh guna butter cream atau cheese frosting atau ganache atau apa-apa aje ikut citarasa.
  • Tabur chocolate rice dan parutan cheddar cheese.

Cara-caranya:

1. Satukan mentega dan dark coklat cairkan dan ketepikan. Satukan telur, gula kastor dan ovalette putar hingga kembang putih.

2. Satukan tepung dan serbuk koko, ayak sekali kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit kaup balik.

3. Masukkan minyak kaup balik sebati. Masukkan coklat yang dicairkan tadi dan sebatikan.

4. Sediakan loyang saiz 8 inci disapu dengan sedikit mentega dan lapik dengan baking paper, tuang adunan.

5. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih, kukus brownies selama 40 minit atau hingga masak.

6. Apabila dah masak sejukkan, baru deco disapu dengan butter cream dan dipotong kepada beberapa bahagian, dihias dengan chocolate rice dan parutan cheddar cheese.

Resepi Brownies Potong Kukus

Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish