Snek, snek

Resepi Makanan Korea Tteokbokki

resepi-makanan-korea-tteokbokki

Resepi Makanan Korea Tteokbokki (Kek Beras Pedas)

Bahan-Bahan:

Kek Beras –

1 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecik minyak zaitun
Air
Secubit garam

Bahan Sos –

2 ulas bawang putih + seinci halia di tumbuk halus
1 sudu besar cili kisaq
2 sudu besaq sos thai
1 sudu besaq cuka
1 sudu kecik pes samyang
Garam gula secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Cara Membuat:

1. Satukan tepung beras pulut, garam, minyak masak dan air. Adunan mesti keras sikit ya. Jangan lembut sangat nanti kek beras jadi terlalu kenyal. Uli doh secara memanjang.

2. Panaskan air setengah periuk, boh minyak zaitun satu sudu kecil, bila air dah mendidih, baru masukkan kek beras. Kek beras bila dah masak akan timbul lepas tu lalukan ke air sejuk dan sejatkan.

3. Tumis bahan yang di tumbuk (bawang putih dan halia) hingga naik bau, masukkan cili kisaq, gula garam, sos thai, pes samyang dan cuka. Bila dah garing dan keluar minyak baru masukkan air rebusan kek beras tadi dalam 5 sudu besaq. Kalau pekat boh lagi air rebusan tu. Sos tu mesti tak cayaq sangat dan tak pekat sangat. Sedang sedang ja.

4. Bila sos dah pekat, bolehlah boh kek beras dan kacau sebentar dah boleh tutup api. Taboq bijan hitam atau putih atas tteokbokki hampa. Nak lagi sedap boleh taboq sekali seaweed.

Resepi Oleh: Amira Nadia dari FB Group MAHN