Kuih Muih

Resepi Karipap Rangup Sakura

resepi-karipap-rangup-sakura

Resepi Karipap Rangup Sakura

Bahan Karipap:

1kg tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan minyak masak dipanaskan
2 sudu makan marjerin
1 sk garam
450ml air (lebihkurang)

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan minyak masak yang dipanaskan dengan marjerin.

2. Gaul dengan spatula sampai menjadi seperti serbuk roti, larutkan garam dalam air dan masukkan dalam adunan tepung, uli sampai jadi doh.

3. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit baru canai nipis untuk dapat kulit yang rangup.

4. Keluarkan dari peti sejuk, canai nipis, kemudian masukkan inti. Bentukkan seperti bunga sakura atau seperti biasa.

5. Goreng karipap sehingga garing dan rangup. Kak cik goreng sekejap sebelum difrozenkan.

Resepi Inti Karipap:

1. Resepi inti keledek/kentang

Bahan-Bahan dan Cara Buat –

Dua ketul keledek potong dadu
Bawang merah dikisar atau dadu
2 sb Serbuk kari daging babas
1/2 cawan air
Kiub ayam, gula dan garam

+ Tumis bawang, masukkan serbuk kari, keledek, air dan perasa, masak sampai keledek empuk.

+ Kalau nak tambah daging atau ayam kena letak sedikit halia dan lada hitam

2. Resepi inti temosa ikan

Bahan-Bahan dan cara Buat –

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Pantai Timur, Sekaya Telur

Ikan kembung direbus dan ambil isi sahaja
Santan
1sk halba
1biji bawang besar didadu
1inci halia ditumbuk
Garam, perasa dan gula
Sedikit lada hitam
Asam jawa / asam keping

+ Masukkan semua bahan dan masak sehingga hampir kering, agak lembab, jangan sampai jadi serunding.

3. Resepi Inti Sardine

Bahan-Bahan dan Cara Buat –

Sardine
Sos sardine
Bawang merah didadu
Cili merah/hijau potong kecil
Jus lemon/limau
Gula, garam, perasa

+ Tumis bawang, cili, masukkan sardine dan sedikit sosnya, perah jus dan perasakan. Boleh juga tambah kentang yang didadu.

Resepi Oleh: Amie Samuri dari FB Group MAHN