Resepi Ikan Masak Taucu Pedas
Bukan rasa taucu biasa. Sesuai sangat untuk kelainan masakan ikan. Sesekali masak menu ikan yang ringkas macam ni punah jugak diet.
Cikgu guna ikan selar. Sediakan ikan yang digoreng terlebih dahulu.
Bahan Ikan Perap:
- 3 ekor ikan dikelar (boleh guna jenis ikan lain)
- Lumurkan dengan bahan tumbuk (2 ulas bawang putih, 1 hiris halia dan sedikit garam}
Biarkan 1/2 jam sebelum digoreng agak garing. Selebihnya ikuti cara dibawah;
1. Sediakan pes:
- 1/4 sudu asam jawa
- 1 1/2 sudu besar rencah taucu
- 1/2 sudu besar kicap pekat
- 1/2 sudu besar kicap lemak manis
2. Campurkan pes tadi juga dengan 1/4 sudu besar serbuk kari ikan atau boleh juga digantikan dengan serbuk kari ayam/daging + secubit serbuk kunyit. Tambahkan sedikit sahaja air dan kacau sebati.
3. Sediakan bahan lain:
- 1 tangkai cili merah (Buang bijinya dan dikerat memanjang)
- 4 tangkai cili padi hijau merah
- 1 inci halia dimayang
- 1 biji bawang merah bombay (Belah 4)
- 1 biji tomato dibelah 4
- 2 ulas bawang putih diketuk
- hirisan timun batang (perlu ada untuk rasa yang berbeza)
4. Tumis 1 senduk bahan kisar hingga naik bau:
- 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
- 4 tangkai cili padi
- 1/2 tangkai cili merah
- sehiris nipis halia
- sehiris nipis lengkuas (sedikit sahaja)
- 3 hiris serai
- 1/2 sudu kecil udang kering
- secubit belacan
5. Masukkan potongan bawang merah, bawang putih dan hirisan halia. Masukkan cili kering kisar. Masukkan pula pes campuran tadi.
6. Setelah bahan tumis garing dan pecah minyak, masukkan sedikit air. Jangan terlalu banyak. Nanti kuahnya cair.
7. Perasakan dengan 1 1/2 sudu besar gula (cikgu tak guna garam sebab taucu dah masin atau seimbangkan rasa mengikut citarasa sendiri).
8. Masukkan pula hirisan timun, tomato dan cili. Masukkan ikan yang telah digoreng seketika tadi. Balik-balikkan, biarkan ikan mesra sebati. Siap sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi