Kari

Resepi Gulai Ikan Talang Tumis Darat

resepi-gulai-ikan-talang-tumis-darat

Resepi Gulai Ikan Talang Tumis Darat

Bahan-Bahan:

  • Bawang besar sebiji (saiz sederhana)
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili padi 2-3 tangkai (kalau nak pedas)

+ Blend atau tumbuk

  • Sepaket kecil rempah kari ikan atau rempah kari ikan kering
  • Santan kotak kara 1 kotak kecil
  • Ikan kering kurau @ talang (direndam terlebih dahulu untuk kurangkan masin)
  • Air asam jawa (kalau letak nenas tak payah letak asam jawa)
  • Air
  • Bahan perasa garam, gula atau ajinomoto.
  • Sayur; terung, kentang, tomato, nenas. Kalau ada mempelam lagi sedap.

Bahan Tumis Darat:

  • Bawang merah 5-6 ulas diracik halus
  • Bawang putih 2-3 ulas diracik halus
  • Daun kari
  • Halba
  • Cili kering 2-3 tangkai

Cara Masak:

1. Campur sepaket rempah kari dengan bahan tumbuk atau blend, gaul dengan air sehingga sebati dan agak cair. Kemudian masukkan dalam periuk, masak sehingga hilang bau rempah bersama dengan ubi kentang.

2. Selepas hilang bau rempah masukkan air asam jawa (jika guna nenas tak payah air asam jawa). Biarkan sehingga 5-10 minit kemudian masukkan santan dan air. Biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan kering, terung, tomato, perasakan dengan garam, gula atau ajinomoto. Garam perasakan last sekali sebab takut masin.

4. Tumis bahan tumis dikuali berasingan sehingga garing. Masukkan ke dalam periuk sekali dengan minyak, kacau sebati. Tutup api dan periuk. Biarkan 2-3 minit. Sedia dihidang.

Resepi Gulai Ikan Talang Tumis Darat

Resepi Oleh: Naqiyah Sidek